Stesen Janaelektrik Sultan Azlan Shah, Bersia
Stesen Janaelektrik Sultan Azlan Shah, Bersia atau dikenali sebagai Empangan Bersia merupakan salah satu empangan yang dibina di hulu Sungai Perak. Empangan ini terletak berhampiran Bandar Gerik, lebih kurang 18 km ke timur melalui Lebuhraya Timur Barat.
Empangan Bersia menempatkan beberapa buah pusat kawalan bahagian penjanaan elektrik TNB, dan stesen janaelektri dengan tiga turbin yang berkeupayaan 72MW kesemuanya. Stesen ini membekalkan tenaga elektrik kepada seluruh negeri Perak dan juga Pulau Pinang melalui Grid Nasional.
Post a Comment