Header Ads

Keistimewaan Pulau Banding dan Tasik Temengor Gerik

Pernah dengar tak satu tempat ni yang dipanggil Pulau Banding? Pulau tropika yang dikeleilingi tasik buatan manusia iaitu Tasik Banding, di Gerik. Tokwan kalau nak balik Terengganu pasti ambil jalan ini. Pemandangan sekitar Tasik Temenggor ini sangat memukau mata. Tasik Temenggor adalah empangan menjana kuasa eletrik hidro di Hulu Perak yang siap di bina pada tahun 1974. Di bahagian tengah Tasik Temenggor ada sebuah pulau yang dikenali sebagai Pulau Banding atau Tasik Banding.

royal belum, banding, pulau tali kail, ikan kelah sanctuary,Pulau Banding dan Tasik Temengor Gerik

Anda pasti akan melalui Pulau Banding dalam perjalanan menuju ke Jeli Kelantan melalui Lebuh raya Timur Barat. Sama ada anda dari Ipoh atau Pulau Pinang, pastikan anda mengisi tangki minyak dengan penuh. Stesen minyak hanya ada di Gerik sahaja.  Stesen minyak yang berikut hanya di Jeli, Kelantan.

Di sini adalah tempat yang ideal untuk aktiviti memancing. Kaki-kaki pancing akan memburu ikan seperti Toman, Sebarau,dan Kelah. Anda boleh melakukan akitiviti luar seperti berkelah, berkhemah, jungle trekking, dan boating. 

tasik banding gerik royal belum, banding, pulau tali kail, ikan kelah sanctuary,Pulau Banding dan Tasik Temengor Gerik
banding houseboat Casuarina Houseboat: Hubungi 0175784478 atau 0194934736 Selamat datang ke Gerik dan selamat bercuti!

Pastinya suatu pengalaman yang berbeza jika dapat bermalam di atas tasik dan merasai kesejukan udara tasik yang dikelilingi bukit. Tasik Banding menjadi terkenal dengan asetnya yang utama iaitu Taman Negeri Royal Belum yang masih terpelihara kehijauan dan keasliannya. Disini juga menjadi habitat asal bagi spesies bunga primitif iaitu bunga pakma (rafflesia)

Banyak chalet dan resort terdapat di kawasan sekitar ini. Namun jika anda tidak bercadang bermalam di atas tasik, anda boleh menginap di Gerik. Terutamanya jika anda sedang dalam percutian keluarga dan memerlukan penginapan homestay yang berpatutan. Tinggal di homestay menjanjikan penginapan lebih selesa bagi keluarga yang ramai dan dapat menyediakan makanan yang dimasak sendiri.


tasik temengor gerik

tasik temengor gerik, boat trip banding

royal belum state park

house boat banding
HouseBoat Tiung Mas: Hubungi- Along 0124592680, Opie 0134077175


Tiada ulasan

Jika ada apa-apa, jangan malu. Tinggalkan persoalan anda di ruangan komen okey (^_^)y
Tokwan is a very nice person. I swear.