6 Cara Dekor Tumbuhan Hijau di Dalam Rumah
![]() |
Kreatif! Rak dinding dijadikan kotak tumbuh-tumbuhan hijau |
Kalau nak tahu tumbuhan jenis apa yang sesuai dengan ruang rumah sek mung, pertimbangkan tahap keamatan cahaya matahari dalam rumah terlebih dahulu. Kalau nak mudah, dapatkan tumbuhan hijau dari dari gedung Ikea sahaja. Tumbuhan yang didapati di Ikea, boleh diketahui kaedah penjagaannya melalui label pada tumbuhan tersebut. Mudoh jah sek mung!
Label yang Ikea sediakan ada menunjukkan sama ada tumbuhan memerlukan teduhan, cahaya matahari terus atau cahaya matahari dengan keamatan penuh (high intensity sunlght). Kat labet tu juga ada bagitahu juga kalau pokok tu boleh diletak di dalam atau di luar dan suhu yang sesuai.
![]() |
Gunakan alas pasu untuk menahan lebihan aliran air dari membasahi ruang kediaman anda |
![]() |
Tumbuhan gantung? Jika anda pandai bermain dengan susunan, mengapa tidak. |
![]() |
Tumbuhan hijau tidak seharusnya kerap dialih |
Ketika anda membeli tumbuhan hiasan untuk rumah anda, pastikan anda tahu dan diberikan panduan tentang penjagaan tumbuhan terdebut.
Setiap tumbuhan adalah berlainan keperluannya terhadapa air. Ada yang perlu disiram hanya sekali seminggu atau setiap minggu kedua/ketiga. Ada yang dua kali seminggu—tiada air bertakung, atau dua/tiga kali seminggu—tiada tanah kering.
Tips menyiram: Kurangkan menyiram jika tanah melekat pada ibu jari anda.
Post a Comment