Header Ads

10 Destinasi Pantai Popular bagi Pelancong Malaysia

Tok dah check data daripada Traveloka menunjukkan bagi tahun kedua Langkawi menduduki tempat teratas dalam senarai destinasi pantai paling popular dalam kalangan pelawat dari Malaysia, manakala Phuket, yang menduduki tempat ketiga, tersenarai sebagai destinasi luar negara paling popular bagi mereka yang ingin menikmati keindahan pantai yang mengasyikkan pada bulan Disember 2020 yang lalu.

Bagi Tok, walaupun dalam keadaan musim wabak ni, pelawat dari Malaysia amat menghargai masa yang diluangkan bersama dengan keluarga mereka, dan cuti sekolah pada bulan Disember ialah musim percutian paling sibuk dalam setahun, tak kiralah pandemik ke tak pandemik.

Pelawat Pulau Langkawi semakin ramai

Berikutan tawaran tiket tambang kapal terbang murah ke Langkawi, dan promosi separuh harga untuk penginapan hotal dia san bagi memulihkan ekonomi sektor perlancongan, Langkawi menerima bilangan pelancong yang super duper ramai pada disember 2020. 

Langkawi masih lagi mengekalkan kedudukannya sebagai destinasi pantai paling popular yang dicari oleh pelawat dari Malaysia. Kemudahan beli-belah bebas cukai dan kegemilangan sejarahnya sejak sebelum zaman Mahsuri membolehkan pulau peranginan ini mengekalkan daya tarikannya sebagai destinasi sesuai untuk hiburan seisi keluarga. Pulau ini juga menempatkan beberapa hotel dengan review yang amat cemerlang daripada pelanggan-pelanggan yang menginap.

destinasi pulau menarik di malaysia
The Andaman , dikelilingi kehijauan hutan hujan berusia 10 juta tahun dan lingkaran batu karang Teluk Datai yang indah.Port Dickson ialah destinasi pantai hujung tahun kedua paling popular dalam pencarian pelawat dari Malaysia tahun ini, yang menawarkan pelbagai jenis penginapan gaya pusat peranginan dan vila-vila mewah.Vila terapung dan kolam renang persendirian Lexis Hibiscus Port Dickson menawarkan percutian di kawasan tepi pantai yang terletak hanya satu jam perjalanan dari Kuala Lumpur.

Pulau Bali semakin popular

Pulau Bali di Indonesia mencatatkan peningkatan populariti yang begitu ketara tahun ini.
Pulau ini menggamit kehadiran pengunjung Malaysia dengan tempat penginapan gaya resort yang berkualiti tinggi, pusat-pusat hiburan malam yang mengujakan dan warisan kebudayaan yang gilang-gemilang.

Ubud, pusat warisan kebudayaan Bali, yang menempatkan kuil dan pusat seni krafnya.
Tejaprana Resort & Spa, menyediakan vila persendirian yang tersembunyi dalam kehijauan hutan tropika, 4km dari Ubud.

Meskipun aktiviti gunung berapi di Gunung Agung telah menjejaskan sentimen pelancongan sejak minggu lalu, jabatan pelancongan Bali mengisytiharkan pulau ini sebagai “selamat kecuali kawasan sekeliling Gunung Agung”.

Kawasan popular seperti Ubud, Seminyak dan Legian tidak terjejas.

Thai tetap menjadi pujaan

Pelancong dari Malaysia gemar bercuti di pantai Thailand yang berhampiran, iaitu Phuket, Krabi, Pattaya dan Koh Samui.

Perjalanan ke bandar-bandar tepi pantai ini hanya satu hingga tiga jam penerbangan dari Kuala Lumpur, menjadikannya pusat percutian hujung minggu yang menarik.

Phuket juga merupakan destinasi yang popular untuk pelancong muda dari Malaysia yang gemarkan hiburan malam, dengan lampu-lampu yang terang benderang di Bangla Street hingga ke Pantai Patong yang meriah.

Phuket, bersama destinasi menarik yang lain di Selatan Thailand seperti Krabi dan Koh Samui turut merupakan destinasi halal yang popular dalam kalangan pelancong dari Malaysia. Terdapat banyak restoran halal serta kemudahan dan hotel mesra umat Islam.Banyan Tree Samui menawarkan pilihan tempat makan halal, spa khusus untuk wanita dan vila tanpa alkohol.

Pelawat dari Malaysia mencari destinasi pantai serantau yang menarik! Destinasi pantai dan pulau seperti Langkawi, Phuket dan Bali, menawarkan pelbagai jenis tempat untuk menginap. Semak ulasan daripada pelanggan sebenar di portal tempahan hotel untuk membantu pelancong dari Malaysia merancangkan percutian tepi pantai impian dengan lebih mudah.

Tiada ulasan

Jika ada apa-apa, jangan malu. Tinggalkan persoalan anda di ruangan komen okey (^_^)y
Tokwan is a very nice person. I swear.