Sped Nano | Pembiayaan Perniagaan Usahawan Kecil Luar Bandar daripada MARA dan KKLW
Daerah luar bandar seperti Gerik telah tersenarai dalam kawasan parlimen yang layak memohon bantuan pembiayaan perniagaan Sped Nano. Komitmen kerajaan dalam membantu masyarakat luar bandar termasuk meningkatkan pendapatan golongan ini terserlah dengan pelancaran Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) Nano awal tahun ini.
![]() |
Sped Nano | Pembiayaan Perniagaan Usahawan Kecil Luar Bandar daripada MARA dan KKLW |
Skim yang dilancarkan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu merupakan inisiatif terbaharu melalui Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang sekali gus memastikan bantuan pembiayaan menyeluruh di negara ini.
Skim ini amat signifikan memandangkan lebih 75% perniagaan di Malaysia merupakan perusahaan mikro (usahawan produk hiliran) dan melalui skim ini, usahawan kecil dengan pendapatan RM150,000 ke bawah layak dipertimbangkan untuk mendapatkan pinjaman mudah dan tanpa guarantor.
Melalui skim ini, setiap peminjam dapat membuat pinjaman mudah tanpa cagaran dan tanpa penjamin hingga maksimum sebanyak RM10,000 bagi setiap syarikat.
Dalam menjayakan program itu, sebanyak RM15 juta telah diperuntukkan untuk tahun ini, dengan sasaran 1,500 orang pemohon dan peminjam menjelang penghujung tahun 2018.
Melihat kepada keperluan dalam perusahaan mikro, KKLW telah mengecilkan lagi segmentasi perusahaan mikro ini dengan mengambil kira keperluan masyarakat luar bandar yang tidak mampu mendapatkan pinjaman bagi menjalankan perniagaan.
Didapati kira-kira 110,000 usahawan Melayu terlibat dalam perniagaan kecil-kecilan, dan ada sesetengah daripada mereka yang terpaksa menggunakan khidmat pemberi hutang tidak berlesen, ahlong shark untuk menyuntik modal pusingan terhadap perniagaan mereka. Maka atas sebab keperihatinan kerajaan, program ini dibuat khusus untuk peniaga kecil mengembangkan lagi perniagaan mereka.
Skim pinjaman Sped nano ini lebih memfokuskan kepada perniagaan baharu yang beroperasi sekurang-kurangnya selama tiga bulan di 182 kawasan Parlimen dikenal pasti di kawasan luar bandar seluruh negara.
Pinjman ini berbeza daripada skim pinjaman Putra, yang mempunyai 0% kadar interest. Sped Nano melalui skim pembiayaan Islam, akan mengenakan kadar keuntungan sebanyak empat peratus daripada jumlah keseluruhan pinjaman. Tempoh pinjaman pula adalah lebih panjang berbanding Pinjaman Putra.
So pada usahawan0usahawan kecil di luar sana yang berniat nak mengembangkan lagi perniagaan anda, segeralah ke pejabat MARA daerah anda dan mohonlah sementara kuota masih belum penuh.
Antara pembiayaan yang dibenarkan adalah seperti pembelian stok dan inventori, pembelian aset, mesin, peralatan dan pengubahsuaian bangunan. Semoga dengan perkongsian ini dapatlah membantu anda sedikit sebanyak untuk meningkatkan lagi perniagaan ke tahap yang lebih baik. Amin
Antara pembiayaan yang dibenarkan adalah seperti pembelian stok dan inventori, pembelian aset, mesin, peralatan dan pengubahsuaian bangunan. Semoga dengan perkongsian ini dapatlah membantu anda sedikit sebanyak untuk meningkatkan lagi perniagaan ke tahap yang lebih baik. Amin
Sumber: Akhbar Utusan
Post a Comment