Header Ads

Cara Memohon Pinjaman Perumahan LPPSA | langkah demi langkah

Antara kelebihan penjawat awam adalah boleh memohon Pinjaman Perumahan Kerajaan, namun begitu ramai yang kurang arif bagaimana cara untuk memohonnya, syarat-syaratnya dan proses pembayarannya. Terutamanya yang masih baru dalam perkhidmatan awam. Sebelum ini pinjaman perumahan di bawah Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia, namun kini diperbaharui dan dikenali sebagai Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam LPPSA.
Pinjaman Perumahan Kerajaan lppsa
Sebelum kita bicara cara memohon, mari kita tengok apakah syarat-syarat untuk memohon pinjaman.

Syarat Asas Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA

  • Kakitangan Kerajaan berjawatan tetap
  • Warganegara Malaysia
  • Borang permohonan dikemukakan 1 tahun sebelum bersara (bagi penjawat awam Skim Berpencen), dan 5 tahun sebelum tamat perkhidmatan (bagi penjawat awam Skim KWSP)
  • Berkhidmat sekurang-kurangnya 1 tahun
  • Telah disahkan dalam jawatan
  • Bukan seorang muflis @ si berhutang hukuman @ pemakan gaji tidak berkemampuan @ sedang dalam tindakan tatatertib
  • Perjanjian jualbeli atau perjanjian pembinaan rumah perlu penyaksian peguam
  • Pinjaman bersama suami dan isteri, Pinjaman ambil alih antara suami dan isteri dan Pinjaman dua nama di dalam perjanjian jual beli mestilah disertakan dengan salinan Sijil Nikah atau Pendaftaran Perkahwinan yang diakui sah oleh Ketua Jabatan.
Ini adalah syarat-syarat asas, biasanya kalau sudah disahkan jawatan tu maknanya sudah layaklah untuk memohon, melainkan ada kes seperti muflis, sedang dalam tindakan tatatertib dan sebagainya.
Mengapa perlu menggunakan pinjaman kerajaan? Banyak kelebihannya antaranya ialah kadar faedah bagi peminjam adalah 4%. Boleh dapat pinjaman penuh 100%.

Adakah pinjaman kerajaan ini patuh syariah?

Terdapat 2 skim pinjaman iaitu
  1. Skim Pembiayaan Perumahan SPPP adalah skim pembiayaan secara konvensional.
  2. Skim Pembiayaan Perumahan SPPI menggunakan konsep ’Al-Bai’ Bithaman Ajil (akad jual beli).
Sebagai seorang Islam maka wajib untuk kita memilih pembiayaan patuh syariah iaitu SPPPI.





Jenis-jenis Pinjaman Perumahan Kerajaan

Jenis 1: membeli rumah atau petak rumah kediaman yang telah siap
Jenis 2: membina rumah di atas tanah sendiri
Jenis 3: membeli rumah atau petak rumah kediaman dalam pembinaan
Jenis 4: membeli tanah dengan tujuan membina rumah
Jenis 5: menyelesaikan hutang pembiayaan perumahan daripada bank/institusi kewangan
Jenis 6: membina rumah di atas tanah pemohon yang dibeli melalui pembiayaan lembaga
Jenis 7: membuat kerja ubahsuai rumah
Kemudian anda perlu tahu, berapa kelayakan pinjaman berdasarkan gaji anda. Sila pastikan bahawa AMAUN KELAYAKAN pembiayaan adalah berdasarkan kepada GAJI HAKIKI SEMASA permohonan.
kelayakan pinjaman perumahan lppsa

Cara Membuat Permohonan Pinjaman Perumahan Kerajaan

Sebenarnya, permohonan pembiayaan kini sangat mudah jika betul caranya, ada yang peminjam memberikan 100% proses permohonan dilakukan oleh agen perumahan, dan ada juga yang membuat permohonan sendiri. Lebih baik anda lakukan sendiri, supaya anda dapat belajar proses permohonan dan memahami setiap potongan atau prosudernya.
Setelah anda berjumpa dengan pemaju, dan memilih rumah yang hendak dibeli, dan menerima dokumen-dokumen perjanjian jual beli (Sale and Purchase) rumah anda dikehendaki membuat permohonan pembiayaan secara online di laman web:

Laman Web Permohonan

PENDAFTARAN ID BARU
  1. Pengguna kali pertama Portal Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu (SPPB) dikehendaki mendaftarkan ID
    pengguna.
  2. Sila klik menu Pendaftaran ID Baru.
  3. Semua maklumat yang bertanda * adalah wajib diisi.
Yang ini mudah sahaja, anda lengkapkan semua maklumat-maklumat peribadi anda dan yang berkaitan, pastikan diisi dengan betul. Selepas siap pendaftaran, anda bolehlah login masuk untuk membuat permohonan pinjaman perumahan kerajaan.
Pinjaman Perumahan Kerajaan lppsa
Maklumat harta yang perlu diisi dengan betul, rujuk dokumen Jual Beli Perjanjian
Untuk memohon Pinjaman Perumahan Perbendaharaan yang baru, pemohon perlu menyemak kelayakan pinjaman dahulu dengan menekan menu PERMOHONAN PINJAMAN.
Kelayakan Pinjaman Perumahan kerajaan lppsa
Kelayakan Pinjaman Perumahan
Proses pengisian borang anda boleh rujuk sahaja Panduan Pengguna yang telah disediakan: Panduan Pengguna

Semasa memilih panel takaful, anda diberi pilihan memilih panel berikut:

  1. Etiqa Takaful
  2. Etiqa Insuran
  3. HSBC Amanah Takaful
  4. Prudential BSN Takaful
  5. Sunlife Malaysia Takaful
  6. Takaful Ikhlas
  7. Takaful Malaysia

Sila pilih yang patuh syariah (Takaful) bagi pinjaman Islamik.

Setelah permohonan Pinjaman Perumahan Perbendaharaan adalah lengkap dan berjaya dihantar, sistem akan memaparkan No Rujukan Permohonan, Jumlah Amaun Pinjaman Dipohon dan mesej ‘Permohonan Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Anda Telah Berjaya Dihantar Dan DiberikanKelulusan Secara Bersyarat’.
Sila muat turun dan cetak borang permohonan untuk tujuan pengesahan Ketua Jabatan dengan menekan butang Muat Turun Borang Permohonan Pinjaman.
Sila muat turun dan cetak senarai dokumen sokongan yang perlu dihantar bersama borang permohonan dengan menekan butang Muat Turun Senarai Semak Pinjaman.
status pinjaman
Borang permohonan dan dokumen sokongan fizikal yang telah dibuat pengesahan pula perlu dihantar dalam masa empat belas (14) hari bekerja. Anda boleh menghantarnya sendiri di Pejabat LPPSA atau secara pos. Boleh juga guna pos ekspress atau pos laju, untuk lebih selamat guna pos berdaftar.
Kemudian anda tunggu sahaja permohonan anda akan diproses secepat mungkin, anda juga disaran untuk sentiasa menyemak status permohonan pinjaman perumahan kerajaan anda di menu semakan status pinjaman.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan boleh hubungi nombor di bawah:
Pusat Panggilan Utama : 03 – 8880 1600
No.9, Kompleks Kementerian Kewangan

Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62592 Putrajaya
WAKTU OPERASI LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM (LPPSA) :
PUSAT PANGGILAN
ISNIN HINGGA KHAMIS
JAM 8.00 PAGI – 5.30 PETANG
Semoga perkongsian ini, sedikit sebanyak dapat memberi gambaran awal atau panduan kepada anda dalam membuat permohonan pinjaman perumahan kerajaan. Sekiranya ada pertanyaan boleh komen di bawah atau hubungi nombor di atas.

2 ulasan:

  1. Hello. Nama saya Farliyana Albaid dari Kuala Lumpur, saya ingin berkongsi kesaksian hidup saya di sini di platform ini supaya semua pencari pinjaman akan berhati-hati tentang peminjam di internet

    Setelah beberapa lama cuba mendapatkan pinjaman dari institusi kewangan, dan terus ditolak, saya memutuskan untuk memohon pinjaman dalam talian tetapi saya ditipu dan hilang RM6400 kepada seorang lelaki di Afrika. Saya menjadi sangat terdesak untuk mendapatkan pinjaman, jadi saya berbincang dengan kawan saya Encik Mohd Farid bin Ahmad yang kemudian memperkenalkan saya kepada Puan Helen Wilson. Jadi rakan saya meminta saya memproses pinjaman saya dengan Puan Helen. Jadi saya menghubungi Puan Helen melalui e-mel: helenwilson719@gmail.com dan juga pada WhatsApp: + 1-585-326-2165

    Saya memohon pinjaman sebanyak RM120,000 dengan kadar faedah sebanyak 2%, tidak lama lagi pinjaman itu diluluskan dengan mudah tanpa tekanan dan semua persediaan dibuat untuk pemindahan kredit, kerana ia tidak memerlukan jaminan dan penjamin untuk pemindahan pinjaman, Saya diberitahu untuk mendapatkan sijil perjanjian lesen untuk memindahkan kredit saya dan dalam masa kurang dari 4 jam, wang pinjaman saya dimasukkan ke dalam akaun bank saya. Saya fikir ia adalah satu jenaka sehingga saya menerima panggilan dari bank saya bahawa akaun saya telah dikreditkan dengan RM120,000. Saya sangat gembira bahawa akhirnya ALLAH telah menjawab doa saya dan dia telah memberikan saya keinginan hati saya.

    Semoga ALLAH memberkati Puan Helen Wilson yang memberi saya kehidupan yang adil, jadi saya menasihatkan sesiapa yang berminat untuk mendapatkan pinjaman untuk menghubungi Puan Helen melalui e-mel: (helenwilson719@gmail.com) dan WhatsApp: + 1-585-326-2165 untuk pinjaman anda

    Akhirnya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda kerana meluangkan masa untuk membaca kesaksian sebenar tentang hidup saya mengenai kejayaan saya dan saya berdoa kepada ALLAH untuk melakukan kehendak-Nya dalam hidup anda. Anda boleh menghubungi saya untuk mendapatkan maklumat lanjut melalui e-mel saya: (farliyanaalbaid@gmail.com)

    BalasPadam
  2. instagram: Aasimahaadilaaloanfirm
    twitter: ... aasimahaadilaahmedloanfirm
    E-mel: aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com


    salla Llâhu ‘alayhi wa sallam, nama saya Neni Syahir, saya adalah korban penipuan di tangan kreditor palsu. Saya kehilangan sekitar Rp.65.000.000 karena saya membutuhkan modal besar Rp. 5,5 miliar. Saya hampir mati, saya tidak punya tempat untuk pergi dan bisnis saya hancur, dan dalam proses itu saya kehilangan suami saya. saya tidak tahan lagi dengan hal ini. 4 November 2019 ini, saya bertemu dengan seorang teman lama di sebuah restuarant di Bandung yang memperkenalkan saya kepada seorang ibu yang baik, Ny. AASIMAHA ADILA MEMILIKI LOAN FIRM, yang akhirnya membantu saya mendapatkan pinjaman di sebuah perusahaan. Tolong, bantu saya untuk berterima kasih kepada ibu muslim yang memberikan pinjaman besar kepada pemilik perusahaan, pabrik burung hantu dan orang pribadi. Saya juga ingin menggunakan kesempatan ini untuk menasihati sesama orang Indonesia, Jika Anda ingin pinjaman modal besar, Anda dapat menghubungi mereka dan melihat situs web mereka Anda perlu tahu bahwa ada banyak scammers di blog ini yang tidak memiliki situs web di google map, saya menawarkan pinjaman dengan tingkat sangat rendah 1% dan saya mendapat pinjaman dalam 1 jam. .
    Kontak Aplikasi pinjaman besar

    E-mel: *******aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com
    WhatsApp ::: ************ + 447723553516
    Email saya; ***************** nenisyahir@gmail.com
    Bismillâh ar-ra.hmân ar-ra.hîm

    BalasPadam

Jika ada apa-apa, jangan malu. Tinggalkan persoalan anda di ruangan komen okey (^_^)y
Tokwan is a very nice person. I swear.