Header Ads

10 Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Ambil Takaful

Assalamualaikum, salam Jumaat.
Hari ini Tokwan nak bebel bab pelan insurans takaful. Ada lebih kurang 10 Perkara yang anda perlu tahu sebelum ambil takaful.

ok. Sebelum ambil plan takaful, pastikan anda telah mengagihkan gaji anda dengan baik terlebih dahulu

Formulanya,

10% – Takaful
10% – Tabung Kecemasan
30% – Pelaburan
50% – Perbelanjaan bulanan

Ikuti formula ini terlebih dahulu,

Banyak Tokwan jumpa, gaji besar RM5000, komitmen pun dekat RM5000, nak ambil takaful RM100 pun berat hati sebab duit hujung bulan pun cukup cukup.

Oleh itu, cantikkan cashflow dulu, 
Dua cara:
 1) Kurangkan perbelanjaan bulanan
 2) Tingkatkan income


Apa Beza Life Dan Medical Card? Mana Yang Patut Anda Ambil Dahulu?


Takaful ada dua plan utama:

- Life ( Takaful Keluarga)
- Medical card ( Kad Perubatan)
10 Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Ambil Takaful

Life Insurance ( Takaful Keluarga)

Plan Life lebih berfokus kepada INCOME REPLACEMENT ( Ganti gaji kita) jika ada apa apa yang berlaku kepada kita.

Pertama, Pampasan Kematian/ Cacat Kekal.

Ramai orang menyangka pampasan Meninggal/ Cacat Kekal tidak penting tapi inilah yang paling penting. Sakit belum tentu tapi mati itu pasti.

Jika ada yang bergantung dengan anda
Jika ada perut yang lapar jika anda tidak balik rumah dari kerja hari ini
Jika ada hutang yang belum dilangsaikan
Ada komitmen bulanan yang dikongsi bersama pasangan

Anda Perlu Pampasan Kematian/Cacat Kekal. Kenapa?


Bayangkan anda bergaji RM2000 (golongan B40)
Pasangan anda pula bergaji RM1800
Total RM3800

Namun, komitmen bulanan anda dekat RM3000 sebulan. Apa akan berlaku jika salah seorang pergi? Tak cukup bukan?

Sudahlah hilang orang tersayang, duit bulanan pula tidak mencukupi. Tambah lagi si suami yang bekerja, isteri pula suri rumah sepenuh masa. Ini lagi hukumnya wajib untuk plan takaful. Jadi anda perlu ambil plan Life untuk lindungi diri anda dan keluarga anda.

Ramai orang plan untuk melancong, berkahwin, plan benda benda yang happy, tapi lupa untuk plan benda yang pasti. Iaitu MATI


Namun, soalannya sekarang, berapa anda perlukan? 
Ok biar Tokwan jelaskan. Untuk insurans nyawa, terdapat dua cara

iaitu:
Capital Protected Method
Capital Liquidation Method

Namun Tokwan akan terangkan cara pertama sahaja tau?! Semua nak cerita satu kali risau anda pening pula. he he he


Berapa Pampasan Meninggal/Tpd Diperlukan Oleh Anda

Selalunya, jumlah pampasan meninggal yang ada kebanyakan pemegang polisi takaful ialah antara RM25K- RM50K. 

Tahukah anda? Anda berada di kalangan golongan under insured. Maksudnya, ambil takaful, tapi tidak mencukupi pampasan meninggal/ Penyakit Kritikal/ dan TPD.


Bagaimana nak kira berapa pampasan meninggal yang anda perlukan?

1.Ambil jumlah expenses bulanan anda kalikan 12

Anda dapat total expenses tahunan anda 

RM3000× 12 bulan= RM36,000.

Kemudian,

Bahagikan jumlah tersebut dengan 6℅

RM36,000÷ 6℅= RM600,000

Dapat jumlahnya tambah lagi 1 tahun perbelanjaan tahunan anda

RM600,000+ RM36,000= RM636,000

Kenapa anda perlukan sebanyak ini? Duit inilah yang waris anda akan laburkan di instrumen yang beri return secara kasar 6℅. Contoh Tabung Haji/ ASB, Jika RM600,000 ini dilaburkan dalam TH. Cukup setahun, anda dapat dividen secara kasar RM36,000. RM36,000 bahagi 12 dapat RM3000 setiap bulan


Sekarang dapat ganti penbelanjaan bulanan anda?


Inilah plan Income Replacement ( Capital Protected Method). Walaupun anda sudah tiada, suami atau isteri, mahupun anak-anak anda yang telah ditinggalkan tidak terbeban kerana anda sudah memberi wang yang secukupnya kepada mereka terus hidup. Sebagai contoh kes terbaru kematian mengejut pelawak terkenal tanah air, Abam Bocey yang meninggalkan balu dan seorang anak, berserta hutang. Jadi jika anda mengambil plan dengan nilai pampasan 30K ke 50K, nak bayar hutang pun tak lepas, apatahlagi nak menyara hidup balu dan anak-anak.

Anda mungkin dah bahagia di taman syurga, sedangkan waris peninggalan anda hidup seumpama dalam ‘neraka’ terseksa menanggung hutang anda!

Tok rasa, orang-orang yang mementingkan diri sahaja enggan mengambil plan life ini. Sentap? Tajam dan pedas kata-kata Tokwan kau, tapi setuju kan dengan statement ini?

10 Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Ambil Takaful



Kenapa Pampasan Hilang Upaya Kekal Penting?


Pampasan ini antara kedua elemen terpenting dalam plan takaful. Jika anda lumpuh kekal, anda tidak mampu lagi berkerja sedangkan loan rumah dan kereta masih perlu dilunaskan. Komitmen bulanan mesti dibayar. Namun kemungkinan besar anda sudah kehilangan kerja kerana sudah lumpuh. Oleh itu, jumlah pampasan yang anda perlukan sama seperti pampasan meninggal di atas tadi.

Apa Itu Pampasan Penyakit Kritikal

Ramai orang tidak sedar apabila seseorang ditimpa penyakit kritikal perkara pertama mereka akan hilang ialah pekerjaan kerana sudah tak fit macam dulu. Tak kira anda kakitangan kerajaan atau swasta anda perlukan ini

Sebab apa?

Tokwan ada melihat dengan mata Tok sendiri nurse kerajaan terkena kanser. Medical leave (khas kanser) selama 2 tahun kemudian bersambung dengan cuti tanpa gaji. Bayangkan tanpa gaji, dahlah kos rawatan kanser dan ubat tinggi. Waktu inilah lagi perlu duit tapi waktu ini pula kena buang kerja. Jadi, di sinilah pampasan penyakit kritikal sangat diperlukan, dapat meringankan sedikit beban keluarga.

Waktu anda didiagnose mengidap penyakit kritikal. Kos perubatan amatlah tinggi. Untuk pengetahuan anda, ubat ubatan bukan semuanya dilindungi oleh kad perubatan. Anda perlu tampung dengan duit sendiri. Di sinilah peranan pampasan penyakit kritikal

Waktu saya bertemu dengan seorang doktor, gaji 6 angka sebulan


Saya tanya kepada beliau
” Sudah ada pampasan penyakit kritikal yang MENCUKUPI?”

Dia pun kata
“Ha saya sudah ada, RM500,000. Lama sudah saya mengambil”

Saya pun tanya
“Cukup ke?”

Saya rasa cukup, jika apa apa berlaku kepada saya. Loan saya sudah semuanya akan tidak perlu dibayar kerana dilindungi takaful

Saya terus dapat kesan apa kekurangan polisi doktor ini. Rupanya doktor ini keliru apa yang takaful biasa lindungi untuk pinjaman. Kebanyakan pinjaman hanya lindungi kematian
Dalam kes penyakit kritikal. Ianya tidak dilindungi

Dengan kata lain. Jika anda ditimpa penyakit kritikal
Anda masih perlu membayar pinjaman rumah, kereta, dan sebagainya seperti biasa

Di sini penting pampasan penyakit kritikal
Tidak kira anda kakitangan kerajaan ataupun tidak

Pampasan penyakit kritikal penting untuk survivability financial anda ketika anda tidak mampu mencari rezeki

Perkara pertama yang anda akan hilang apabila mengidap penyakit kritikal
Ialah PEKERJAAN

Bila hilang pekerjaan, hilang sumber pendapatan

Produk dalam pasaran. Kebanyakan hanya melindungi pelanggan di peringkat akhir penyakit kritikal. Contohnya. Kanser tahap 4 barulah pampasan diberikan

Namun ada juga produk yang melindungi anda dari tahap 1-tahap 2 penyakit kritikal. Plan ini ada di produk AIA Public Takaful, Takaful Ikhlas, dan juga Great Eastern Takaful. (setakat yang Tok tahu lah. Kalau sekarang ada penambahan, sila tambah di ruangan komen)


Tokwan sangat menyarankan anda mengambil plan yang asing untuk kedua-dua plan berikut:

1. Plan Pampasan Penyakit Kritikal
  – pampasan diberikan waktu peringkat tenat/ akhir

2. Plan Komprehensif Penyakit Kritikal/Perlindungan Awal Penyakit Kritikal
  – pampasan diberikan waktu peringkat awal penyakit kritikal


Waiver/ Contributor

Part yang paling penting. Jika anda didiagnos cacat kekal, atau terkena salah satu penyakit kritikal, anda tidak perlu lagi membayar (contribution bulanan) plan takaful yang sebelum ini anda membayarnya setiap bulan. Malah, sebaliknya anda akan diberikan gaji pada kadar yang sama dengan jumlah contribution / caruman bulanan yang dibayar sebelum ini.

Tokwan pernah jumpa seorang client, ambil plan 1juta pampasan meninggal dengan caruman RM600 sebulan. Tapi tiada waiver. Bayangkan, jika beliau kena penyakit kritikal, hilang kerja. Tapi masih kena bayar RM600 sebulan. Kan sangat membebankan? Oleh itu, tolong ambil.

Seorang lagi pelanggan. Beliau membayar RM5000 sebulan untuk polisi takaful. Malang tidak berbau. Beliau ditimpa penyakit kritikal. Beliau tidak perlu lagi membayar takaful. Malah takaful bagi duit setiap bulan RM5000 ke akaun beliau

Dapat tak? Jadi nampak tak kepentingan waiver / contributor?

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kad Perubatan


Medical card sekarang telah menjadi kemestian, tidak kira anda kakitangan kerajaan atau tidak ada beberapa treatment yang tidak dibiayai oleh kerajaan. Itu belum masuk perancangan kerajaan ingin meswastakan keseluruhan perkhidmatan hospital. 

Ya, maksudnya selepas ini tiada lagi caj hanya RM1-RM2 apabila pergi ke hospital. Antara hospital terawal yang mengubah polisi ialah Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia. Tapi tak mengapa, perkara ini mungkin diimplementasi sepenuhnya 3-10 tahun lagi, anda masih ada masa.

Kita kembali ke tajuk, medical card fungsinya untuk membayar bil rawatan anda apabila anda masuk hospital (warded).

Tahukah anda?

Kos rawatan di hospital sangat mahal!!!

Ada 3 syarat anda tidak perlu ambil takaful
-Anda anak raja
-Anda anak multimillionaire
-Anda pemilik hospital swasta

Lihatlah berapa orang bankrap disebabkan hutang rawatan di hospital. Anda rasa kos main-main. Cuba pergi tanya kaunter hospital swasta. Berapa perlu deposit jika anda tiada kad perubatan. Hampir 1K-10K. Ini deposit sahaja!

Mengikut kajian, hampir 60% orang bankrap hutang kad kredit ialah kerana ingin membiayai kos hospital

10 Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Ambil Takaful

Co Takaful/ Deduktible Atau Full Coverage



Jika medical card anda ambil co takaful/ deductible/ smartsaver, anda perlu membiayai dengan sedikit duit anda apabila masuk ke hospital. Jumlah banyak atau sikit bergantung kepada plan syarikat anda ambil. Jika plan medical card anda full coverage, jika anda dimasukkan hospital, anda akan dilindungi sepenuhnya oleh pihak takaful.


Berapa Tahun Tempoh Perlindungan


Ada yang polisi Tok pernah review, Tok lihat pampasan meninggal/TPD sudah tinggi tapi hanya melindungi sehingga 55 tahun atau hingga 60 tahun sahaja. Iya, ada yang berpendapat waktu itu kita sudah bersara, dan mungkin caruman bulanan pada waktu agak mahal, tanggungjawab dan hutang pun sudah tiada. Oleh itu, tidak perlu lagi plan income protection/ replacement.

Namun apabila Tokwan membandingkan dengan takaful lain, ada plan yang harga lebih murah malah lindungi hingga 80 tahun atau 100 tahun. Oleh itu, ia atas pilihan anda nak yang plan yang mana.

Kalau Tokwan lah kan, Tok akan advise untuk ambil yang lindungi hingga ke 80 tahun atau 100 tahun.


Jumlah Cash Value Anda


Berapa jumlah simpanan dalam takaful anda? Jawapannya?

Maha maha sedikit,

Ya, sangat sikit. Sebab apa? Sebab tujuan takaful ialah perlindungan. Jika kita simpan RM100 saja sebulan, pampasan meninggal/TPD dalam RM300K-500K. Tapi cuba lihat cash value apabila menyumbang dalam takaful? Sikit saja.

Contoh dah simpan 10K dalam takaful, cash value barangkali hanya 900-1K saja. Kenapa?

Selebihnya anda sedekahkan kepada orang lain, bantu orang lain yang ditimpa kesusahan. Seperti sebuah circle. 

Senang cerita, takaful ialah cara paling baik untuk mengumpul saham akhirat, pahala sedekah ni berterusan.

Nak simpanan banyak? Simpan lah di ASB / Tabung Haji / Unit Amanah.

Contoh jika anda menyimpan RM300 dalam Unit Amanah yang beri annualised return 10% setiap tahun, duit anda akan beranak menjadi 21K dalam masa 5 tahun. Ok kan?

Tujuan pelaburan dalam takaful hanyalah ingin memastikan polisi anda tidak mudah lapsed dan mengelak kenaikan akibat tabung tabarru kurang.


Bandingkan Sebelum Ambil Plan Takaful!

Sebelum ambil, sila bandingkan sebut harga dari setiap plan syarikat takaful yang ada di Malaysia. Tapi jangan terlalu lama. Saya cadangkan, jumpalah Financial Advisor (FAR) yang berlesen terus dengan Bank Negara.

Mereka boleh membuat perbandingan apple to apple bagi kesemua plan takaful di Malaysia. 

Yup, mereka tolong bandingkan untuk anda. Without biased.



Sengaja Tokwan nak kasi tahu, bahawa di Malaysia ada hampir 70ribu orang agen takaful, namun FAR hanya ada dalam 500-600 orang sahaja. Yer. Seluruh Malaysia! Cuma ada seramai itu sahaja FAR.

Tokwan tak mahu anda salah faham. Mereka ini tidak provide plan takaful, tapi mereka layak untuk membuat plan kewangan dari A-Z. Dari pengurusan hutang, perancangan pelaburan, plan persaraan dan tabung pendidikan anak hinggalah ke pergurusan harta pusaka. Nak tahu lebih lanjut, lawati laman sesawang Bank Negara Malaysia (BNM) atau buat carian Google 'malaysia financial advisor.

Semoga perkongsian Tok ni memberi sedikit pencerahan mengenai skim takaful. Share. Tak perlu minta izin.

No comments

Jika ada apa-apa, jangan malu. Tinggalkan persoalan anda di ruangan komen okey (^_^)y
Tokwan is a very nice person. I swear.