Header Ads

Hibah Takaful Boleh Selesaikan Isu Pusaka?

Rumah Dua Nama Di Snp, Betul Ke Penyelesaian Dengan Mengambil Plan Takaful?





Tokwan terbaca post saya sebelum ini ada tular beberapa website. Ramai agen takaful komen di bawahnya menawarkan untuk selesaikan masalah. Hmmm tebak Tok, mereka ini mungkin cuba tawarkan plan takaful untuk selesaikan isu dua penama di SNP. Tapi betul ke itu penyelesaiannya?

Jom kita analisa satu persatu satu

Sebelum itu, Tok nak bawa anda fahami dulu apakah isu yang boleh timbul berkenaan pembelian rumah dengan dua nama. Ok Tokwan bagi satu situasi ye. (nama/watak dalam cerita tiada kena mengena dengan mana-mana individu)


Analisa situasi rumah dengan dua nama dalam SNP


Al kisah, mak tersebutlah kisah.

Si Ali dan Melati berkahwin. Kemudian setelah empat tahun, akhirnya wang simpanan mereka untuk deposit rumah telah cukup.. Lalu mereka pun membeli lah rumah pertama mereka. 

Semasa proses pembelian, mereka membuat join loan serta joined SNP (dua nama di SNP)


Harga belian rumah adalah RM400,000
Disebabkan nama di SNP pecah dua, maka rumah ini ada dua permilikan lah.

Faham ye setakat ni?
Tokwan siap bagi contoh situasi ni. Kalau masih blur, jam ini juga Tok release video live. Nak? ha ha ha

Kalau anda dah faham, maka anda akan sedia maklum bahawa:
- Ali memiliki 50% dari nilai rumah, iaitu RM200,000
- Melati juga memilik 50% iaitu RM200,000

Malangnya, 3 bulan selepas membeli rumah
Si Ali ini telah pergi mengadap illahi.


Sekarang, apa yang berlaku?

1. 50% loan rumah sudah selesai kerana Ali ambil MRTT, jadi hutang rumah tinggal RM200,000. (bahagian Melati)

2 Melati hanya perlu membayar baki RM200,000 sahaja kepada bank. Jelas?

3. Namun, 50% hak permilikan Ali tersebut sudah menjadi pusaka. Ya pusaka. Perlu agih ikut faraid. Walaupun rumah tersebut masih ada nama isterinya. Isteri masih duduk dalamnya. isteri masih membayar loan bulanan

tapi tetap 50% dah jadi pusaka


4. Mengikut kiraan faraid, warisnya ialah ibu, ayah, dan anak lelaki beliau:

5. Kiraan faraid untuk bahagian rumah sahaja:

 - Ayah si arwah dapat dalam 16.67% = RM33,340
 - Ibu si arwah dapat dalam 16.67%    = RM33,340
 - Isteri si arwah dapat dalam 12.50% = RM25,000
 - Anak lelaki layak dapat 54,17%   = RM108,339

6. Sekarang, si ayah dan ibu yang sebelum ini sangat penyayang, baik hati, tiada masalah dengan menantu, tiba tiba bertegas inginkan hak faraid mereka. 
Mereka tidak mahukan lepaskan hak ke atas rumah tersebut.
(Ini biasa kes biasa kita jumpa, waktu hidup tiada masalah. Tapi sebaik selepas arwah tiada, terus bermasam muka kerana rebutkan harta dan tak percaya menantu, risau menantu kahwin lain dan joli dengan harta arwah)

7. Sebenarnya hukum faraid sudah cantik, namun difitnah oleh manusia yang mengambil hak, tetapi lupa akan tanggungjawabnnya

8. Dalam kes begini. 3 senario kemungkinan akan berlaku

Senario pertama
Si ibu dan ayah melepaskan hak. Alhamdulilah lega si balu dan anaknya. ( kes sebegini hanya 2/10 sahaja jika melihat statisitik di pusaka kecil)

Senario kedua
Si ibu dan ayah ingin tebus hak sahaja. Di mana mereka nakkan tunai sahaja. Oleh itu si isteri hendaklah memberi RM66,680 dahulu. Barulah mereka setuju melepaskan hak. Saya ada jumpa kes si isteri membayar RM30,000 seorang kepada adik beradik suaminya kerana mereka tiada anak dan adik beradik tidak mahu melepaskan hak. Dapat sahaja duit, terus hilang

Senario ketiga
Si ibu dan ayah tidak mahu wang, mereka mahu nama mereka masuk dalam geran. Ini lagi bermasalah. Ini kes yang berlaku suami baru beli 3 bulan, sudah tiada.


Sehingga kini kesnya tidak selesai kerana si ayah masih ingin menuntut dan sanggup bawa kes ini ke Mahkamah Syariah. Si isteri tidak bekerja, Terpaksa mencari kerja balik kerana tiada duit demi kelangsungan hidup dia dengan anaknya.

Jadi, apa penyelesaian terbaik untuk elakkan kes di atas berlaku?


Solusi terbaik untuk isu rumah pusaka dengan dua nama di SNP adalah


Buat dokumen pengisytiharan Hibah Bersyarat. Anda boleh membuatnya dengan beberapa syarikat.

Kenapa hibah bersyarat? 
Kerana kita buat syarat di mana harta ini akan berpindah milik ke penerima hibah jika si pemberi hibah meninggal dunia. Lebih selamat begitu. Amalan orang sekarang buat hibah mutlak. Ini Tok akan terangkan di bawah

Walaupun ada beberapa pendapat berkenaan hibah bersyarat ini, pelbagai isu soal harta bercagar, isu sejauh mana pengesahannya. Ia masih solusi yang terbaik. Untuk perkhidmatan syarikat mana yang menyediakan dokumen hibah ini. Tokwan taknak disclosed di sini.



Solusi yang bakal mengundang masalah di kemudian nya


Buat hibah mutlak di pejabat tanah. Isi borang 14A. Tukar nama terus kepada isteri atau anak. 

Untuk pengetahuan anda, Ini sangat sangat membahaya dan boleh tahan juga kosnya kerana anda perlu membayar kos stamp duty. Apabila anda buat sahaja pertukaran, anda terus hilang permilikan. Ya terus hilang

Jika isteri atau anak ‘pergi dahulu’ dari anda. Ia telah pusaka mereka. Anda hanya dapat portion sahaja. Bahaya kan?
Bayangkan anak itu dah berkahwin, ada anak dan pasangan. Mereka akan dapat lebih banyak portion dari anda, sedangkan itu rumah anda

Itu belum dikira jika penerima hibah anda itu bankrap. Terus rumah itu disita. Jadi hibah mutlak bukan solusi terbaik untuk kes di atas. Sangat sangat membahaya. Melainkan dalam beberapa situasi yang ini sahaja yang ada.


2. Ambil plan takaful untuk cover jumlah pampasan meninggal RM200,000 hak permilikan suami

Ini lagi cara yang paling rugi dan paling mahal. Kenapa?

Untuk pengetahuan anda. Untuk nilai harta si arwah. bukan dikira dengan berapa pinjaman dengan bank. Tetapi dikira dengan market value.

Maksudnya, jika rumah sekarang RM200,000
Mati 20 tahun kemudian rumah dah RM900,000

RM900,000 tersebut yang menjadi pusaka
Jika anda hanya memgambil polisi yang hanya melindungi RM200,000 sahaja

Mana nak cari RM700,000 baki? Kan dah bermasalah?

Kalau tanya agen, dia akan suruh tambah polisi supaya sama dengan harga rumah. Setiap tahun tambah polisi RM300 sebulan. Kan dah mahal? Oleh itu ini cara paling tak selamat dan merugikan anda

Lebih baik anda buat cara pertama, kos jauh lebih murah dan lebih selamat.

Namun saya tak menafikan takaful masih elemen yang penting yang perlu setiap orang perlu ada. Untuk kelangsungan hidup waris serta untuk bayar kos pengurusan pusaka. Namun bukan untuk bayar hak faraid

Sekarang dah faham?

Jika ada agen takaful suruh ambil polisi untuk cover kes 2 SNP dan sebagainya.

Jangan marahi beliau, barangkali dia tidak tahu. Sharekan artikel ini kepadanya. Beliau berniat murni ingin menolong anda, cuma beliau tidak tahu

Kepada agen takaful, tiba masa untuk upgrade ilmu anda. Pelajari ilmu harta pusaka luar dari circle latihan syarikat anda, kerana masih cuba menjual produk syarikat tersebut. Kadangkala apa yang diajar ialah salah

Rancanglah harta pusaka anda dari sekarang

Fahami apa itu faraid, wasiat, wakaf, dan hibah

ELAKKAN PUSAKA JADI PUAKA

No comments

Jika ada apa-apa, jangan malu. Tinggalkan persoalan anda di ruangan komen okey (^_^)y
Tokwan is a very nice person. I swear.