Header Ads

Cara Guna Gear Automatik Dengan Betul. Ramai yang Selalu Silap!

fungsi gear S pada kereta auto, cara guna gear S
Tok tak pernah bawa kereta auto, tapi pernah setakat nak parking kereta auto tu. Tapi drive jauh memang tak pernah. Ramai kata gear auto senang, tapi sebenarnya tak semudah disangka.
apa guna gear S kat proton saga baru
Sebenarnya kereta gear auto ni kena lagi jaga dan berhati-hati. Salah guna boleh rosak gearbox dan kos repair gearbox kereta sangat mahal. RIP duit simpanan.hwahwa

cara guna gear S pada proton saga 2019, fungsi gear S, gear S tu apa

Salah! Kalau Tukar Gear 'P' Ketika Berhenti Traffic Light
Kadang-kadang pernah perasan kereta depan masuk gear P bila berhenti kat trafic light. Macam mana Tok boleh tahu?
bila nak guna gear S
Ha senang je nak teka. Kita yang duduk belakang kereta tu akan nampak lampu reverse menyala sekelip mata, selepas tu barulah kereta tu bergerak ke depan. Dari situ pun Tok boleh tahu yang dia (orang kereta depan) meletakkan gear pada gear 'P' for Parking.
kereta proton baru ada gear S
Bayangkan kalau pemandu terkejut sebab lampu trafic light dah hijau lama dan kereta belakang pakat hon-hon belaka. kaki pulak tertekan pedal minyak sebab panik, kemudian dalam masa sama masuk gear 'D'. Jawabnya, gearbox boleh rosak. kalau tak rosak itu jam pun, Tok jamin insyaAllah, hayat gearbox kamu orang akan jadi tersangatlah pendek. innalillah.huhu

Cara Guna Gear Automatik Dengan Betul,cara guna gear S pada proton saga 2019, fungsi gear S, gear S tu apa

Kaedah menggunakan gear auto yang betul semasa berhenti di traffic light

1. tekan brek kaki
2. tolak 1 takuk ke depan untuk masuk gear N 
3. Tarik hand brek
4. lepas brek kaki

Bila nak mula bergerak semula:
1. tekan brek
2. masuk gear D (tak payah tekan punat pada gear. Tarik je ke belakang sebanyak 1 takuk)
3. turunkan hand brek.
4. lepas brek kaki
5. tekan minyak

Cara Menggunakan Punat Kecil atau Butang pada Gear Auto

1. Perlu tekan punat semasa menukar
P > R ,
R > P
R > N
N > R
D > L/D2
L/D2 > D

2. jangan sesekali tekan punat tukaran gear di antara
N > D
D > N
D > D3
D3 > D

Kenapa kamu oorang tak boleh tekan punat tukaran gear untuk 4 keadaan di atas?

Ha pandai! Ia untuk mengelakkan daripada kamu orang terlajak tolak gear. Contoh kamu nak masuk gear N. Tapi Kamu orang gatal tangan pi tekan punat pada kepala gear tu. Tanpa sedar, rupanya kamu orang dah terlajak sampai gear R. Ha bila dah terlajak macam ni, memang kamu orang sedang menempah tiket nak masuk bengkel lah. Gearbox akan rosak cepat. Kereta belum berhenti sepenuhnya, tiba-tiba mengejut tukar dari gear D terus ke R!

Tapi kalau sekiranya kamu orang tak tekan pun punat pada gear tu masa nak ubah gear D kepada N, kamu orang akan terselamat daripada terlajak sebab gear akan terberhenti sebab tersekat di takuk N saja. Selamat lah pitis kamu orang.  


Berikut adalah susunan gear untuk gearbox automatik:


P - parking, digunakan untuk anda memberhentikan kereta untuk tempoh yang lama. Dalam mod parking,  kereta kamu orang takkan bergerak walaupun handbrake tak ditarik.

R - reverse, untuk mengundur kereta kamu orang

N - neutral, jika dalam posisi menunggu traffic light atau traffic jem, alihkan ke gear neutral. bukan parking! jika anda perasan,  gear D ke N tidak perlu menekan kekunci pada tombol gear.

D - drive, penukaran secara auto gear 1,2,3,4 dan seterusnya butang overdrive - gear akan menyekat untuk masuk ke gear 4. gear yang akan digunakan cuma 1,2 dan 3 sahaja.

D3 / S - setengah kenderaan tidak mempunyai overdrive tetapi mempunyai susunan gear 3 untuk menurunkan gear dari 4 ke 3. Dalam mode 3, operasi gear akan bermula 1, 2 dan berakhir di gear 3.

Kalau anda perasan, jika gear 3 dipilih sewaktu memandu, RPM akan naik sedikit dan kereta akan melonjak ke depan memberikan sensasi keterujaan pada anda. Bagi kereta Proton Saga 2020 atau Honda City, ia akan ditandakan dengan logo S

D2 - ini akan menyekat sistem gearbox ke gear 2 dan tidak akan masuk ke gear seterusnya. tetapi akan jatuh ke gear 1 jika perlu

L - Low gear atau gear 1. Secara kasar, gear L digunakan untuk mendapatkan lajak ketika memotong dengan boot penuh barang dengan penumpang penuh kereta. Kalau nak guna gear S atau 3, boleh je, cuma berat kereta full loaded tu akan menjadikan proses pecutan tak best.

Sebaiknya guna gear 2 sekejap ketika mula-mula masuk laluan memotong, tekan pedal minyak sampai rasa enjin mengaum dan tukar gear kepada 3 atau D semula bagi membolehkan proses pecutan lancar.

Kalau tak cepat tukar ke gear tinggi (gear D), putaran enjin akan melekat pada 5000/6000 RPM dan kereta akan 'sangkut' pada halaju yang sama, membuatkan anda gagal memotong.
 
Tapi kelemahan gear 1 dan 2 ini walaupun ia berkuasa, ia akan memaksa enjin beroperasi pada RPM tinggi. Cuba bawak gear 2, sekejap je kereta dah capai 40km/j tapi bunyi enjin nauzubillah! Bising macam nak pecah pada 5000-6000 RPM.


Situasi Yang Memerlukan Gear S

Gear S pada proton Saga 2019 adalah bersamaan dengan D3. Gear S sesuai digandingkan dengan brake kaki bagi proses brek enjin.

Contohnya ketika menuruni bukit Cameron Highland atau Lebuh Raya Timur Barat (bukit Gerik) dengan gear D, keadaan bukit yang curam membuatkan kereta macam nak terlajak ke depan, atau membuang ketika selekoh. Jadi untuk memgurangkan rasa gayat tu, anda cenderung untuk menekan brek sepanjang masa.

Kalau nasib malang, brake kereta akan jadi panas dan kejadian brake fade boleh terjadi. 

Untuk mengatasi masalah ini, guna saja gear S untuk memperlahankan kereta. Jika anda menggunakan gear S, pengawalan kereta ketika menuruni bukit akan lebih baik berbanding dengan gear D.

Dan kalau bukit agak curam atau rasa terlebih laju, boleh tukar ke gear 2 sekejap sambil tekan pedal brek untuk prestasi brek yang lebih baik.


Tokwan kata
Tok kalau setakat bukit Gerik tu, Tok layan kona leper je setiap selekoh sebab Tok pemain gear manual, jadi Tok pakai gear 4 dan 3 je. 

Mungorang yang guna gear auto, pakai gear S je sepanjang dalam kawasan Titiwangsa tu. Gear cepat rosak?

Siapa yang memandai-mandai kata nanti gear box cepat rosak sebab selalu pakai gear S, 3 dan 2 tu, mai Tok nak tengok sijil kejuruteraan automotif mung level PhD tak.

Pernah kerja dekat department powertrain tak dengan mana-mana syarikat auto? Kalau nan hado, jangan wak bijok.

Kalau nak tahu, semua komponen dah diuji melalui Finate Element Analysis untuk kegunaan pemanduan. Buat apa jurutera pasang fungsi Gear rendah tu? Tujuan nak suruh kereta buatan mereka mudah rosak? Aii lingkup la kompeni Proton, sebab pasang Gear S pada kereta mereka.pftttt

Tiada ulasan

Jika ada apa-apa, jangan malu. Tinggalkan persoalan anda di ruangan komen okey (^_^)y
Tokwan is a very nice person. I swear.