Header Ads

Khasiat Daun Sup Yang Selama Ini Orang Tak Ambil Kisah

Tok ada la kisah pasal daun sop ni. Alkisah bini pesan suruh beli daun sup, untuk diletakkan dalam masakan sup daging. Tapi Tok tersilap beli satu lagi daun yang seakan-akan daun sup, iaitu daun ketumbar. Bukan daun ketum ye. Balik-balik bini kata, tak jadi buat sup daging, tukar jadi menu tomyam daging. Ha pon sodap baq hang!

Cakap pasal daun sup, Tok nak cerita sikit apa dia khasiat daun sup yang kita biasa duk makan, hari-hari. kadang kita bubuh dalam sup, kadang kita tabur atas nasi moi. Paling sedap, kalau bubuh dalam cucur, pergh! Kita tahu sedap je. Tapi tak sedar khasiat daun sup ni kita dapat duk nikmati untuk kesihatan badan.

Herba daun sup in english dikenali sebagai Apium graveolens. Ada juga yang kata daun sup ni sebenarnya adik beradik saderi atau celery. Entah lah, Tok pun tak pasti.Daun sup ini sememangnya memang sering digunakan dalam masakan. Baunya yang semerbak dengan rasa yang agak sedap memang membangkit selera. Paling sesuai digunakan untuk masakan berkuah seperti sup dan juga sebagai hiasan tambahan kerana baunya yang amat istimewa tersebut.


Khasiat Air Rebusan Daun Sup


khasiat daun sup


Kebaikan Daun Sup Untuk Kesihatan memang ada banyak. Fungsi air daun sup yang pelbagai inilah telah menyebabkan ramai orang mengamalkan minum rebusan daun sup sebagai minuman tambahan yang dibuat sendiri di rumah. Apakah rahsia khasiat daun sup ini sebenarnya? Inilah senarai kebaikan daun sup untuk kesihatan kita.


Sistem Imunisasi - 100 gram daun sup mempunyai nilai tenaga sehingga 18 kalori. Vitamin c yang terkandung di dalamnya dapat menguatkan sisttem imun dan membuatkan tubuh lebih tahan terhadap penyakit baru. Dengan syarat, daun sup ini dimakan mentah sebagai ulam-ulaman.

Penawar buah pinggang - Tumbuhan ini memiliki sifat diuretik yang berguna untuk permasalahan buah pinggang dan masalah jantung.

Merawat kencing manis - Daun sup menpunyai sifat mengurangkan kadar gula dalam darah. Malah merupakan ramuan ideal untuk menurunkan berat badan dan mengurangkan tekanan.

Sistem perkumuhan - Biji benih daun sup diamalkan, dapat membantu menyingkirkan air berlebihan dalam badan. Malah digunakan sebagai perangsang untuk membuang air besar.

Menurunkan kadar kolestrol - Amalkan makan daun sup dalam diet harian kerana daun sup ini mampu merendahkan tekanan darah dan kolestrol serta melindungi hati daripada bahan-bahan yang merosakkan.

Mencuci buah pinggang - Amalkan minum air rebusan daun sup segelas sehari. Lebihan garam dan racun akan keluar melalui proses pembuangan air kecil

Penawar ubat batuk - Rebus daun sup bersama batang dan akar bersama tiga gelas air. Tapis dan minum dua kali sehari bersama madu lebah

Mengubati mata kering - Tumbuk daun sup, daun bayam dan daun kelor sehingga halus kemudian campurkan sedikit garam dan satu cawan air. Gaul dan tapis. Minun tiga kali sehari.

Ha macam mana? banyak kan khasiat daun sup ni. Tahu-tahu khasiat ni, terus ada mari rasa nak berkebun belakang rumah kan la lani jugak.

Cara Mudah Tanam dan Semai Anak Pokok Daun Sup

Kalau nak tanam pula. Cara tanam daun sup adalah melalui keratan akar. Kalau beli daun sup kat pasar, pastikan bahagian akarnya tu jangan buang dalam tong sampah. Ia sebenarnya boleh ditunaskan semula dan Tok nak habaq yang daun sup ni merupakan sejenis herba yang senang hidup. Tak kisahlah tanam melalui biji benih ke, atau keratan akar, dia memang mudah hidup dan biak. Jadi, tanam lah sayur ini sendiri di rumah. Berbakti kepada tanah, kita akan mendapat hasil.InsyaAllah
   
    

Cara mudah tanam dan memperbanyakkan pokok daun sup di rumah,cara tanam dan memperbanyakkan daun sup,cara tanam daun sup,cara mudah tanam daun sup,cara tanam pokok daun sup,daun sup dalam pasu,tanam dan memperbanyakkan daun sup,chinese parsley plant,tanam daun sup dari anak pokok,alihkan daun sup,cara tanam daun sup dari akar,daun sup anak pokok,daun sup pokok, daun sup,daun sup pokok,cara pisahkan pokok daun sup,cara banyakkan daun sup,anak pokok daun sup,tanam daun sup

Tiada ulasan

Jika ada apa-apa, jangan malu. Tinggalkan persoalan anda di ruangan komen okey (^_^)y
Tokwan is a very nice person. I swear.