30 Menu Berbuka Puasa Ala Kampung Yang Mudah dan Menyelerakan
Salam 1 Ramadan semua. Alhamdulillah bermulalah hari pertama puasa wajib kita di bulan Ramadhan tahun ini. Biarpun dalam keadaan sederhana ditambah pula tidak dapat meraikan hari pertama puasa bersama orang tua di kampung, ibadah setahun sekali ini tetap perlu disempurnakan sebaiknya.
Moga dengan berkat doa kita bersama, diharap tahun ini kita dibenarkan pulang ke kampung untuk berhari raya.
Bagaimanapun, Tok nak kongsi 30 juadah lauk pauk berbuka puasa yang ringkas tapi menyelerakan ini.
Ya menyelerakan sebab ianya bertemakan lauk pauk kampung. Sedikit sebanyak, dapatlah mengubat sedikit kerinduan Tok ni pada kampung halaman Tok yang jauh di pantai Timur sana.
Resepi lauk selera kampung ini Tok tak sediakan lah ye, memandangkan semuanya simple dan senang-senang belaka. Ke nak jugak resepi? Hehe
Rujuk gambar. Satu hari satu gambar untuk dapat idea nak masak untuk berbuka puasa. Selamat berpuasa dan selamat beramal semua.
![]() |
Ikan goreng, Gulai kuning Telur ikan, Sambal Udang, Kangkung goreng belacan |
![]() |
Ikan kembung masak asam, sambal udang, pucuk paku goreng belacan, ikan goreng |
![]() |
Kembung goreng, ikan masin, sayur lemak bayam, pajeri nanas, ulam & sambal belacan |
![]() |
Kari ikan ,telur asin, ulam petai & kacang kelisa, sambal belimbing buluh |
![]() |
Gulai nangka, kerabu pucuk paku, ikan goreng, sambal belacan, ulam peria & selom |
![]() |
Ikan panggang & air asam, belitung masak lemak, ulam pucuk jambu golok & buah kerdas (geduak) |
![]() |
Gulai daging rias pisang, peria goreng kunyit, sambal telur puyuh, ikam goreng, kerabu kerang |
Seterusnya mung orang tengok sendiri ahh lauknye ape. Dok cekat Tok nak taip satu-satu nama lauk doh. Pulok tu sambil duk ngelap air luir meleleh atas papan kekunci ni lagi. Ala parop!
Kredit : fb lhamMedia
Post a Comment