Header Ads

About Us

 Pengenalan tokwan.com.my

Tokwan.com.my merupakan blog peribadi Tok yang bertitik tolak dari penghijrahan hobi Tok yang gemar memancing kepada hobi yang lebih berarti, iaitu menulis.

Tokwan merupakan penulis bebas yang suka tulis ikut nada dan angin sendiri. Ada kala beremosi ada kala jiwang. Jika tiba-tiba mood sedih datang menyerang, maka keluarlah cerita menyentuh kalbu merobek perasaan.

Senang cakap, niche blog Tokwan.com.my ni lebih kepada gaya hidup dan santai-santai la. Artikel yang Tok tulis berentak santai seperti kisah perjalanan hidup, informasi, cerita-cerita berpengajaran, atau apa-apa sajalah yang Tok terlintas.


Profil Tokwan

Nama diberi Abu Samoh, lebih selesa digelar Tokwan saja. Dilahirkan pada 24 Januari di negeri persisir pantai, Terengganu. Tok memang kachak tapi Tok bukan lah muda lagi. Umur Tok tahun ini sudah 4* tahun.

Ya, Tok anak kelahiran Terengganu, tapi ramai yang tak percaya Tok ni orang Terengganu. Deme cakap, "Tak nampak macam orang Ganu pun". Yeke?

Tapi iya juga. 

Secara terperinci Tok ni memang bukan anak jati Ganu pun sebenarnya. Sebab susur galur keturunan Tok yang sejati adalah berdarah Pattani. Ya kerajaan Melayu Pattani yang dahulunya di bawah pemerintahan Raja Reman yang masyhur. Kampung asal Tok adalah di selatan Siam sana, atau lebih tepat wilayah Narathiwat.

Jangan salah sangka. Tokwan memang warganegara Malaysia yang sah, cuma asal usul keturunan sahaja dari wilayah sana.


Trait & identiti

  • Hamba Allah yang fakir
  • Tak banyak bicara (menulisnya banyak)
  • Selektif dalam berkawan tapi mudah mesra
  • Introvert kadang-kadang
  • Banyak fikir, kuat kerja
  • Kurang tidur, kuat makan
  • Sedang ikhtiar berhenti rokok (doa-doakan ya)


Pendidikan

Tok mengaji tak tinggi. Tamat peperiksaan tingkat 3 saja. SPM tak sempat nak ambil sebab tak sabar nak kerja dan merantau.


Kerjaya

Sebab sekolah pun tak tinggi, Tok kerja kuli-kuli saja, jauh di tengah laut saujana mata memandang. Sekali sekala saja kaki ni jejak ke darat. Namun Tok tak pernah lupa daratan. Maka jauh sekalilah Tok ni menjadi buaya darat.


Laman Sosial

Tiktok: @tokwann


Sekian, terima kasih.. 



Tiada ulasan

Jika ada apa-apa, jangan malu. Tinggalkan persoalan anda di ruangan komen okey (^_^)y
Tokwan is a very nice person. I swear.